Siapakah Ahli Ilmu Yang Sebenar
Siapakah Ahli Ilmu Yang Sebenar
AUTHOR : Alanshary Otuh Salleh
PJ-Ref.:
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Penulis berpendapat bahawa perlunya umat Islam untuk mengambil berat dalam isu atau displin dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya Islam adalah agama yang berbeza dengan agama lain di dunia. Ini kerana agama ini adalah agama wahyu.
Islam sebuah agama yang menjadikan ilmu sebagai asas dalam kehidupan, bahkan ia membenci kejahilan. Islam menggabungkan antara kebaikan dunia dan akhirat, antara ilmu keduniaan sebagai alat mencapai keredhaan Allah dan ilmu agama yang dapat menghubungkannya dengan Tuhan.Islam tidak mengenal suatu golongan yang berilmu namun tidak beramal, demikian juga beramal tanpa ilmu. Islam mengatukan antara elemen ilmu dan amal, disertai dengan iman yang kukuh. Demikian juga Islam tidak mengenal golongan yang berilmu tanpa adab sama ada dalam persoalan ilmu, perselisihan tanpa adab, atau angkuh dengan ilmu yang ada sehingga melekeh dan menyalahkan orang lain yang berbeza pandangan tanpa dislpin yang tinggi.
Jika kata melihat dan mentadabburi isi al-Quran dan al-Sunnah, kita akan mendapati bahawa al-Quran dan hadith membicarakan berbagai perkara sama ada dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, semunya berdasarkan bukti-bukti ilmah, disamping saintifik dan semuanya dinyatakan melangkaui zaman.
Oleh itu, buku ini akan merungkai pelbagai isu dan permasalahan serta kefahaman mengenai ilmu bersesuaian dengan apa yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.