Kunci Agar Terhindar Dari Kesusahan & Musibah

image


Author : Ibn Al - Qayyim Al - Jauziyah
Pages : 792, Hardcover
Our Ref : JC-2411
ISBN : 978-967-308-499-9

No votes yet
Kunci Agar Terhindar Dari Kesusahan & Musibah

Synopsis :

Buku yang ada di hadapan pembaca ini merupakan terjemahan salah satu kitab yang ditulis oleh seorang pengarang besar iaitu Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah. Sebuah buku yang banyak mengandungi faedah, ilmu dan nasihat-nasihat yang merupakan mutiara-mutiara dari lautan ilmu yang cukup luas. Pengarangnya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan, ulama, ahli fiqh, ahli tafsir, menguasai ilmu aqidah, seorang alim yang diakui kepakarannya dalam bidang hadis dan sejarah kerana beliau menguasai ilmu Jarh wa Ta'di'l , seorang yang zuhud dan wara', hujah-hujah sangat menakutkan lawan, juga menguasai bidang ilmu falaq dan ilmu-ilmu yang lain.
Buku ini merupakan karya Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah yang cukup besar di antara kitab-kitabnya yang lain. Beliau berbicara secara mendalam tentang rahsia Allah Subhanahu wa Taala dalam menurunkan Adam alaihissalam ke bumi, setelah dikeluarkan dari syurga Nya serta menjelaskan tentang syurga yang dihuni oleh Adam. Di dalam buku ini beliau mendedahkan tempat kebahagiaan dan cara menghindari musibah dan pelbagai kesusahan yang menjadi asam garam dalam kehidupan yang singkat ini.
Beliau menghuraikan secara mendalam tentang kebahagiaan yang datang kerana keberkatan ilmu, amal dan ibadat serta pelbagai bentuk keutamaan dan kemuliaan ilmu tersebut di mana ia lebih utama berbanding dengan harta dan dunia. Seterunya buku ini turut menghuraikan tentang kejadian manusia, alam, bintang-bintang dan kejadian bumi beserta isinya serta huraian yang mendalam tentang pelbagai hikmah diciptakan pelbagai makanan, pokok, buah-buahan , daun dan tumbuh-tumbuh yang lain. Termasuk juga keajaiban-keajaiban yang terjadi pada pelbagai makhluk ciptaan Allah, sama ada manusia, haiwan mahupun keajaiban alam yang lain. Di samping itu, turut dihuraikan tentang keadaan hamba ketika menghadap Allah, persiapan-persiapan yang harus disediakan sebagai bekalan untuk menghadap Allah an kunci-kunci untuk menghindari pelbagai ujian, bala, musibah dan kesusahan hidup di dunia dan di akhirat.

List Price: RM 120.00
Price: RM 108.00

Other Promotional Books

image
Mukhtasar Sunan Al-Nasa'i
PJ Ref : JC-2512
RM 144.00
image
Naungan Kitab Allah
PJ Ref : PJ-2216
RM 31.50
image
Duraral-Hukkam Fi Syarh Ghuraral-Ahkam
PJ Ref : JC-2498
RM 135.00
image
Mukhtasar Sunan Abu Daud
PJ Ref : JC-2511
RM 139.50
image
Riyadhus Solihin (Terjemaahan Bahasa Melayu...
PJ Ref : JC-2141
RM 135.00
image
Fiqh Ibadah
PJ Ref : JC-2310
RM 94.50
image
Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan
PJ Ref : PJ-1891
RM 15.20
image
Mukhtasar Sahih Bukhari
PJ Ref : JC-2299
RM 171.00