Siri 2 - Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman Khulafak ArRasyidin Yang Perlu Diperbetulkan Semula
Buku ini membicarakan tentang kesalahan-kesalahan yang berlaku ke atas fakta-fakta sejarah zaman khulafak al-Rasyidin. Misalnya krisis yang berlaku antara Sayyiduna Abu Bakar dengan Sayyiduna Ali dan Fatimah yang banyak dimonopoli oleh golongan syiah, krisis Khalid dengan khalifah Umar bin al-Khattab, gambaran salah terhadap pendirian sahabat berikutan peristiwa pembunuhan khalifah Uthman dan lain-lain lagi. Kebanyakkan gambaran-gambaran ini telah diresapi oleh fakta-fakta yang salah yang turut mempengaruhi pandangan masyarakat Islam terhadap kegemilangan peribadi-peribadi yang menerajui kepimpinan pemerintahan khulafak al-Rasyidin.
Akibatnya terdapat di kalangan mereka yang tidak menoleh lagi kepada kegemilangan pemerintahan yang berjaya ditunjukkan oleh khulafak al-Rasyidin dalam menyebarkan Islam, menyebarkan keadilan di dalam masyarakat, menjatuhkan dua buah besar iaitu Rom dan Parsi dan lain-lain. Dalam buku ini penulis menjawab kesemua tuduhan dan kesalahan fakta yang terdapat pada pemerintahan khulafak al-Rasyidin. Untuk mengikuti perbahasan seterusnya para pembaca bolehlah menatapi isi kandungan buku ini