Taqwa Pakaian Muslim
Taqwa Pakaian Muslim
AUTHOR : Abu Hanif Mohd
PJ-Ref.:
Couldn't load pickup availability
Taqwa Pakaian Mukmin
Perintah Allah supaya bertaqwa bukan hanya untuk umat terkini sahaja malah kepada umat-umat di zaman terdahulu. Bilamana sesuatu umat itu dibekalkan dengan kitab-kitab sebagai panduan, maka di situlah amalan taqwa diperintahkan. Para Rasul Allah pula diperintahkan supaya menyeru umat manusia untuk bertaqwa dan menjadi contoh atas segala amalan yang baik. Lantaran itu, maka tiada sesuatu kebaikan mahupun di dunia ataupun di akhirat, sama ada kebaikan lahir ataupun batin, melainkan taqwalah yang menjadi perintis dan sebab yang menyampaikan kita kepada-Nya.
Demikianlah pula sebaliknya, iaitu tiada sesuatu kejahatan mahupun di dunia ataupun di akhirat, sama ada kejahatan lahir mahupun batin, melainkan taqwalah yang bakal menjadi pendinding melepaskan kita dari bencana-Nya.
Di antara kebaikan-kebaikan taqwa:
1. Penyertaan Tuhan dalam pemeliharaan diri kita.
2. Dikurniakan ilmu yang tidak mudah diperolehi di kalangan hamba-hamba-Nya (laduni).
3. Kemampuan membezakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan. Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci dosa-dosa.
4. Kebaikan-kebaikan yang menyelamatkan dari api neraka.
5. Terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang berlimpah luah tanpa diduga.
6. Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat
7. Janji akan dimasukkan ke dalam syurga.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.