Kelebihan Sembahyang Dan Ancaman Pada Meninggalkannya

image


Author : Haji Muhammad Fadli
Pages : 156, Paperback,
Our Ref : PJ-0348
ISBN : 983-077-402-3

Your rating: None Average: 5 (1 vote)
Kelebihan Sembahyang Dan Ancaman Pada Meninggalkannya

Synopsis :

SEMBAHYANG atau solat adalah suatu diperintahkan oleh Allah. Malah ia diletakkan sebagai salah satu rukun Islam yang lima dan ia adalah yang kedua selepas pengakuan syahadah. Ini menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan ibadah sembahyang itu pada diri seorang hamba. Sembahyang juga adalah merupakan pengukur untuk menentukan keimanan dan keislaman seseorang kerana ia adalah tiang agama. Sebuah bangunan tidak akan terbina tanpa tiang. Begitulah juga agama Islam ini tidak akan terbangun tanpa tiangnya iaitu sembahyang lima waktu.

Sembahyang adalah penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya. melalui sembahyanglah seorang hamba dapat melahirkan rasa kehambaannya. Maka seorang hamba yang beriman akan mengutamakan sembahyangnya dengan bersungguh-sungguh, sentiasa memeliharakannya, pada waktu melaksanakannya ia akan mendirikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Tetapi apa yang menyedihkan ialah kebanyakkan umat Islam di hari ini tidak lagi melaksanakan sembahyang dalam erti kata yang sebenar. Inilah diantara punca kenapa umat Islam lemah dan dihina dimerata-rata dunia. Yang bersembahyang kebanyakkannya ialah golongan tua yang menunggu saat untuk menyambut kedatangan mati yang pasti datang. Mereka inilah yang memenuhi masjid dan surau. Kemana perginya golongan muda? Mereka lebih banyak bertumpu ke pusat-pusat hiburan daripada ke masjid-masjid. Adakah mereka tidak merasai tuntutan sembahyang yang amat besar itu? Apakah mereka tidak menyedari siksaan yang akan mereka terima di akhirat kelak sekiranya tidak bertaubat?

Price: RM 8.00

Related Books on Same Category

Fadhilat Tahajjud
PJ Ref : PJ-1047
RM 4.90
PJ-0569.jpg
Bimbingan Sembahyang Lengkap (...
PJ Ref : PJ-0569
RM 4.90
Panduan Lengkap Sembahyang Sunat...
PJ Ref : PJ-0767
RM 1.80
Sembahyang Sunat Jumat - Siri 9
PJ Ref : PJ-0940
RM 2.50