Ini adalah sebuah buku mengajak kita mengimbau kembali detik-detik penting dalam hidup seorang pemimpin agung Muhammad Bin Abdullah s.a.w. Sebagai seorang Islam menjadi satu tanggungjawab kita mengenang kembali segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan manusia.
Ini semua bertujuan untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang kepada orang yang pernah bersusah payah untuk mengislamkan manusia sehingga ke abad ini.
Adalah diharapkan buku ini memberi suatu dorongan dan rangsangan untuk kita menjejak serta mencontohi setiap tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. dari perkara yang ada hubungan dengan diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat.
Hanya pada diri Nabi Muhammad s.a.w. itu sahajalah bermula segala kebaikan dan kemuliaan ke atas kehidupan di dunia ini dan bakal dinikmati setelah kita kembali ke negara akhirat. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu adalah siri tauladan yang terbaik untuk diikuti oleh umat ini. Sekian..