Ramai orang yang tidak memandang perkara agama mereka dengan serius dan bersungguh-sungguh, di mana mereka kerap memberikan alasan-alasan yang lemah untuk mengelakkan diri daripada mengerjakannya. Perbuatan ini termasuk tanda munafik (talam dua muka) yang menganggap agama itu main-main. Dan bila mereka ditegur atau diberi nasihat, mereka mengemukakan alasan-alasan yang pada kenyataannya lebih buruk daripada dosa yang mereka dapat hasil daripada mengemukakan alasan-alasan tersebut. Demikianlah orang-orang itmengemukakan satu demi satu alasan-alasan sesuka hati, sama ada dosa-dosa yang mereka lakukan itu besar ataupun kecil. Mereka langsung tidak memiliki perasaan bersalah dan berusaha mengelakkan diri dari mendengar nasihat-nasihat yang baik yang diucapkan oleh orang-orang yang ikhlas hatinya. Buku ini cuba mengupas tentang hukum ke atas permasalahan ini dengan merujuk kepada Kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam serta ucapan-ucapan para ulama.