Iblis, Syaitan & Jin

image


Author : Hj. Abd. Rahman Sulaiman
Pages : 214, Paperback
Our Ref : PJ-0258
ISBN : 983-077-270-5

No votes yet
Iblis, Syaitan & Jin

Synopsis :

Syaitan merupakan makhluk alam ghaib di mana manusia tidak boleh melihatnya melalui mata kasar. Akan tetapi, kita harus mempercayai dan mengimaninya. Ini kerana kisah kewujudan syaitan telah diterangkan di dalam Kitabullah dan hadis Rasulullah.

Syaitan adalah keturunan jin tetapi tidak setiap jin adalah syaitan. Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis.Iblis berkahwin dengan jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Rupa bentuk syaitan bermacam-macam dan ianya hodah dan menjijikkan. Sebagaimana manusia, syaitan juga menpunyai kota yang menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di padang-padang pasir, gunung-ganang, pulau-pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat-tempat yang menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dan bermain-main adalah di dalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis ( contohnya tandas ) dan tempat pembuangan kotoran.

Manakala Iblis pula adalah dari keturunan jin dan merupakan moyang kepada syaitan. Iblis juga adalah pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Iblis adalah makhluk yang sangat pandai seperti malaikat juga. Tetapi perangainya telah berubah menjadi jahat dan sombong sebagaimana yang telah disebut di dalam Al Quran.

Iblis memiliki kerajaan yang besar yang terdiri daripada menteri-menteri, pemerintah, wakil-wakil dan rakyat jelata. Di antara semuanya itu, terdapat beberapa jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dengannya. Iblis ini bersama anak-anaknya yang terdiri dari para syaitan akan berusaha menyesatkan dan memusnahkan kehidupan manusia di dunia dan sengsara bersama mereka di akhirat kelak.

Price: RM 13.90

Related Books on Same Category

Fahaman Wahabi Menular : Satu...
PJ Ref : PJ-1588
RM 12.00
PJ-2069.jpg
Sains Moden Menurut Perspektif Al-...
PJ Ref : JC-2069
RM 108.00
image
Saka & Jin
PJ Ref : PJ-2185
RM 11.90
Mendalami Masalah Jin Di Sisi Islam
Mendalami Masalah Jin Di Sisi Islam
PJ Ref : PJ-0137
RM 4.50