Program Uzlah Dalam Kehidupan Muslim

image


Author : Lutpi Mustafa el-Batnani
Pages : 220, Hardcover
Our Ref : PJ-2491
ISBN : 978-967-308-540-8

No votes yet
Program Uzlah Dalam Kehidupan Muslim

Synopsis :

Uzlah merupakan sebahagian dari tanda ikatan seseorang hamba dengan Allah
subahanahu wa Taala. Setiap orang ingin mendekatkan diri kepada Allah seharusnya ber'uzlah, iaitu mengasingkan diri dari gangguan perasaan sehingga di penghujung perjalanannya dia akan memperolehi kelembutan hati. Seseorang hamba yang melakukan 'uzla hendaklah melazimkan niatnya kerana Allah dengan maksud menjauhkan pekerti buruknya dari manusia. Jangan sekali-kali ber'uzlah dengan maksud menjauhkan dirinya dari pekerti buruk manusia, kerana pernyataan pertama tadi menunjukkan sifat tawadhu' dan rendah diri seseorang hamba, manakala pernyataan yang kedua pula menunjukkan sifat takabbur dan sombong diri.

Konsep 'uzlah adalah untuk memperolehi ilmu yang sahih menurut akidah tauhid supaya syaitan tidak meresapkan perasaan was-was kepada dirinya. Selain itu, penghasilan ilmu syari'at itu adalah untuk menunaikan tangguhjawab kefarduan supaya dapat membina urusannya di atas asas yang ditetapkan. Dalam pengertian yang ringkas, 'uzlah ialah mengasingkan diri buat sementara waktu dari hiruk-pikuk masyarakat semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, mencari keredhaan-Nya dan bermuhasabah diri terhadap amalan-amalan yang dilakukan.

Buku yang berada di tatapan pembaca ini menghuraikan konsep 'uzlah dalam bentuk kajian ilmiah, semoga ia memberi seteguk manfaat untuk kesinambungan generasi yang akan datang.

Price: RM 45.00

Related Books on Same Category

PJ-1976.jpg
Kematian Pasti Datang
PJ Ref : PJ-1976
RM 56.00
Petunjuk Sunnah Dan Adab 1
PJ Ref : PJ-1382
RM 12.00
image
Bila Hati Disapa Hidayah
PJ Ref : PJ-2593
RM 22.90
image
Yang Dibenci & Yang Dipuji
PJ Ref : PJ-2495
RM 56.00