Dalam buku ini disentuh beberapa kesulitan dan hukum-hukum yang berhubungan dengan wanita di dalam haji, pertanyaan-pertanyaan serta permintaan fatwa yang dihadapkan para wanita selama dalam perjalanan haji,baik ketika di Makkah, Arafah, Muzdaliffah , di Mina atau ketika tawaf qudum, tawaf ifadhah, tawaf wada' dan sebagainya.
Para wanita sangat memerlukan sebuah risalah yang memuatkan hukum-hukum yang samar bagi mereka, dan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan mereka.
Risalah ini dibahagi menjadi lima fasal yang meliputi:
1. Haji dan syarat-syarat haji bagi wanita.
2.Ihram wanita dan segala yang diharamkan.
3.Tawaf dan Sa'i.
4.Amalan-amalan haji ketika wukuf di Arafah, di Muzdalifah, bermalam di Mina, melempar jumrah dan tawaf ifadah.
5.Jenis-jenis tawaf, hukum wanita yang sedang uzur kerana haid dan nifas ketika tawaf qudum, ifadah, wada' dan sebagainya. Penulis telah mengetengahkan pendapat para fuqaha tentang kesamaran wanita mengenai topik-topik tersebut, baik yang sangat penting dan yang kurang penting.