Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Keajaiban Penciptaan Manusia

Keajaiban Penciptaan Manusia

AUTHOR : Harun Yahya

PJ-Ref.: PJ-1660

Harga biasa RM59.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM59.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Pernahkah kamu terfikir bagaimana kamu muncul di dunia ini?
Siapa yang menjadikan tubuh kamu? Siapa yang membina mata,tangan dan organ-organ kamu?
Jika kamu mengkaji persoalan-persoalan ini, kamu akan bertemu dengan fakta yang mengkagumkan iaitu bertahun-tahun dahulu kamu hanyalah satu hidupan mikroskopik yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar, yang hanya mengandungi satu sel tunggal. Saiz dan bahan-bahan yang terkandung di dalam diri kamu adalah sangat berbeza dengan satu bakteria.Tetapi keajaiban telah berlaku, dan sel yang bersaiz seperti bakteria ini membesar berbilion-bilion kali ganda dan berubah menjadi seorang bayi. Dan bayi tersebut kini sedang membaca kulit sebuah buku tentang penciptaannya!
Kamu akan menemui jawapan kepada persoalan-persoalan ini di dalam buku ini.Kamu akan melihat keajaiban penciptaan manusia yang paling hebat, begitu juga dengan bukti-bukti kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Yang menjadikan manusia daripada setitis air. Kamu juga akan menyaksikan bagaimana teori evolusi, yang mendakwa manusia muncul "secara kebetulan", adalah satu kepercayaan karut yang bercanggah dengan logik akal dan sains.
Tambahan pula, kamu juga akan memahami bahawa Allah, yang menjadikan kamu, juga berkuasa untuk membangkitkan kamu semula. Sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di bawah:
Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar(dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku ,sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!(Surah Al-Qiamah:36-40).

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh