Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Merengkuh Kejayaan Dengan Bijak

Merengkuh Kejayaan Dengan Bijak

AUTHOR : Abul Faraj Abdurrahman ( Imam Ibnul Jauziyah )

PJ-Ref.:

Harga biasa RM85.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM85.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Ketika nasihat-nasihat diperdengarkan kepada seseorang, sering kali muncul dalam dirinya suatu kesedaran, namun ketika dia keluar dari majlis ilmu hatinya kembali mengeras dan membatu. Manusia sangat berbeza-beza keadaannya dalam perkara ini.Umumnya manusia tidak berada dalam keadaan yang sama, di mana mendengarkan nasihat-nasihat mahupun setelah mendengarkannya.
Ada dua kesimpulan: Pertama , nasihat-nasihat itu ternyata laksana cambuk: ketika seorang habis dipukuli dengan cambuk itu, dia sering kali tidak merasa sakit. Kedua ketika mendengar nasihat, dia sedang berada dalam keadaan jiwa dan fikiran yang baik. Dia terlepas dari segala ikatan dunia. Dia diam dan menghadirkan hatinya. Namun demikian ketika kembali disibukkan dengan urusan dunia, penyakit lamanya bentan lagi. Bagaimana mungkin dia boleh kembali seperti ketika mendengarkan nasihat-nasihat itu?
Keadaan demikian dapat menimpa setiap orang. Hanya mereka yang memiliki kesedaran tinggilah yang mampu mengatasi pengaruh-pengaruh dunia tersebut. Ada yang bertekad kuat untuk kukuh berpegang pada prinsip yang sudah diyakininya, lalu dia berjalan tanpa menoleh-noleh lagi. Dia akan memberontak jika perilakunya tidak lagi sesuai dengan tabiat dirinya.
Ada pula yang terkadang masih terseret-seret oleh kelalian akibat pengaruh tabiat dirinya, namun pada ketika yang sama nasihat itu masih mempengaruhi dirinya untuk beramal. Mereka laksana cabang pohon yang goyah diterpa hembusan angin. Ada pula golongan manusia yang tidak terpengaruh apa-apa, hanya sekadar mendengar mereka laksana batu-batu yang diam.
Buku ini berusaha menghadirkan etika yang baik, serta berusaha meninggalkan moral yang buruk dalam bingkai syariat sedapat mungkin. Allah menjadikan moral dan akhlak yang baik sebagai petunjuk dalam usaha mmeberi peringatan dan nasihat. Sebaik-baik kitab adalah yang di dalamnya terdapat sesuatu yang mampu menunjukkan manusia kepada jalan yang benar.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh