Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

57 Kisah Benar & Sahih Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah

57 Kisah Benar & Sahih Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah

AUTHOR : Prof. Dr. Sulaiman al-Asyqar

PJ-Ref.: PJ-2335

Harga biasa RM65.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM65.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Al-Quran dan al-Sunnah merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Taala yang cukup sempurna, syumul dan lengkap. Kedua-dua sumber ini mengandungi pelbagai panduan yang diperlukan dalam kehidupan manusia tanpa sedikit kekurangan, bermula dari kehidupan individu, masyarakat sehingga pentadbiran sesebuah negara.Di samping itu, Al-Quran dan al-Sunnah juga turut memuatkan kisah-kisah benar dan sahih mengenai perihal kehidupan manusia yang pelbagai ragam termasuk sirah para nabi dan rasul- Nya.
Buku ini memaparkan majoriti kisah-kisah dari al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang bersanad sahih. Keutamaan kisah-kisah dari hadis nabawi berada di bawah kisah-kisah dari al-Quran. Jika al-Quran adalah kalamullah, maka kisah-kisah hadis adalah wahyu dari Allah Subhanahu wa Taala kerana kedua-duanya berasal dari satu sumber, iaitu wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya.
Tujuan dari kisah-kisah benar dan sahih ini adalah untuk menyediakan bekalan bagi para pendakwah dan orang-orang soleh di mana ia mengandungi bekalan rohani untuk menyirami roh, hati dan akal orang-orang yang beriman. Kisah al-Qurang dan hadis mengalir dalam diri manusia secara lembut dan murni. Kata-kata dan peristiwa-peristiwanya membawa segudang nasihat dab faedah untuk membawa kepada jalan yang lurus dan membimbing seorang mukmin untuk menjauhi dosa-dosa dan kerosakan-kerosakan.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh