Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

77 Tokoh Wanita Yang Berpengaruh Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. (BOX)

77 Tokoh Wanita Yang Berpengaruh Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. (BOX)

AUTHOR : Syaikh Abdurrahman Al-Qathani Misra

PJ-Ref.:

Harga biasa RM115.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM115.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Insan pertama yang menyambut dakwah Islam ada seorang wanita, yakni Khadijah binti Khuwalid. Yang pertama kali syahid di dalam Islam juga seorang wanita, yakni Sumayyah. Yang paling dicintai Nabi Sallallahu alahi wasallam di antara semua manusia yang ada juga seorang wanita, yakni Aisyah.
Wanita terkenal dengan kelembutannya, tetapi yang sebenarnya lembut itu adalah sumber kekuatan bukan kelemahan. Di sebalik seorang tokoh besar pasti ada seorang insan yang hebat, lembut lisan perkataan dan sikapnya, indah akhlaknya. Manakala di sebalik kelembutan itu tersimpan pula kekuatan besar yang sentiasa memberikan motivasi dorongan dan inspirasi yang bermanfaat. Fitrah wanita tercipta semulajadi dengan kelembutannya, maka seharusnya ia menjadi sumber inspirasi dan kekuatan.
Kenangan istimewa seorang lelaki adalah ketika dia pernah menumpangi rahim ibunya selama sembilan bulan.Di situlah terbuktinya kekuatan dan kehebatan wanita. Janin yang dikandung itu berkongsi nyawa dengan seorang ibu yang mengandung untuk melahirkan manusia hebat sebagaimana mujahid dan mujahidah di zaman lampau yang membawa kegemilangan dan mencipta tamadun Islam yang cemerlang.
77 kisah wanita pilihan yang bersemi di hati Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ini adalah bukti kecemerlangan wanita di mana sejarahnya telah diukir dengan tinta emas. Dengan itu, buku ini pun mengajak seluruh pembaca dan umat Islam khususnya membuka kembali lembaran-lembaran sejarah yang sangat luar biasa tersebut, penuh dengan suka duka, pengorbaan, keikhlasan dan cinta untuk meraih redha Allah Subhanahu wa Taala

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh