Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Al - Fawaid : Meniti Ke Arah Titian Hikmah ( H/C )

Al - Fawaid : Meniti Ke Arah Titian Hikmah ( H/C )

AUTHOR : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

PJ-Ref.: PJ-2481

Harga biasa RM79.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM79.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Buku yang ada di hadapan anda adalah karya Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dengan tajuk asal al-Fawaid. Sebuah buku yang namanya sesuai dengan isinya. Menurut para penyusunnya, al-Fawaid adalah kitab yang merangkum banyak perkara ganjil, perkara-perkara pelik hasil buah fikiran seorang sheikh yang bersumber dari nas atau berdasarkan reality atau dari keduanya. Buku ini disusun dengan kajian yang cukup lama.Di sela-sela proses kajian tersebut, dia mempelajari berbagai ilmu, menyemak buku, berdebat dengan ulama. Jelas bahawa isi kandungan buku ini tidak hanya satu jenis saja, namun berbagai perkara yang tidak tertentu pada satu pembahasan. Di antaranya adalah sebagai berikut:
1. Tafsir al-Quran yang tidak tertulis, pada lampiran dan kitab, namun hanya ditemukan dengan perasaan , pemahaman dan ketekunan.
2. Hadith jarang yang hanya diketahui dengan kajian, terus-menerus mencari dengan perbandingan dan diskusi.
3. Hasil kajian asas pemikiran mengenai reality hidup umat manusia, adat istiadat mereka, mazhab mereka yang berbeza suluk, dan pemahaman mengenai banyak perkara yang sesuai dengan syariat dan realiti.
4. Bahasa Arab klasik dan sastera yang menghasilkan susunan indah dan bentuk yang menyilaukan.
5. Mencantumkan syair di beberapa bahagian pembahasan yang diperlukan.
Di antara bahagian-bahagian tersebut di atas dan bahagian yang belum disebutkan. Ibnu al-Qayyim membidikkan anak panah yang sempurna, memenangkan pertandingan hingga akhir dan tampil sebagai juara. Dalam setiap medan dia menampakkan kuatnya daya fikir, istinbat yang sempurna dan kedalaman ilmu yang membingungkan ramai pimikir, mengagumkan pembaca dan dapat menyebabkan orang yang sombong tunduk di hadapannya menundukkan kepala.
Wahai orang-orang yang kehausan, ke sinilah menuju telaga yang melimpah agar kehausan anda hilang, anda akan kenyang, penyakit anda sirna dan ketakutan anda hilang dengan mengetahui yang sebenarnya, sebab telaga itu berdiri di hadapan dengan membuat banyak faedah. Maka pinanglah dia seperti untuk menjadi isteri anda sebagaimana pinangan seorang pecinta. Insya-Allah dia akan melahirkan ramai anak dan penyayang, isteri yang berpengalaman , menyenangkan, elok rupawan, mencakupi tanpa yang lain dan lainnya memerlukannya.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh