Antara Islam & Budaya
Antara Islam & Budaya
AUTHOR : Abu Ameenah Bilal Philips
PJ-Ref.: PJ-2279
Tamadun Barat sering dianggap sebagai yang terbaik dalam segenap aspek. Masyarakat dunia amnya telah menjadikan Barat sebagai kayu ukur dalam menentukan apa yang baik dan apa yang buruk dalam segala urusan keduniaan mahupun spiritual. Namun hakikatnya acapkali sistem hidup yang berkiblatkan hawa nafsu dan akal manusia yang terhad ini menggagalkan usaha insan dalam mencari kebahagiaan hakiki di dunia, apatah lagi di akhirat.
Maka agama Islam hadir sebagai rahmat bagi sekalian alam, membawa penyelesaian tertunggal untuk ketamadunan manusia sepanjang zaman. Sayangnya kesucian dan ketulenan agama wahyu yang terakhir ini telah dicemari anasir-anasir asing sedari zaman berzaman. Maka wajah Islam sudah tidak lagi sama sepertimana ia mula-mula muncul 14 kurun yang lalu.
Dr.Bilal Philips mengupas permasalahan yang melanda umat Islam khasnya dan manusia sejagat amnya dari dulu hingga sekarang dan menghuraikan dalam bahasa yang mudah jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda.
Di akhir buku ini , para pembaca akan mendapati betapa ajaran Islam yang syumul ini sebenarnya telah menyediakan jalan yang terang bagi umat manusia dalam menuju kebahagian abadi.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.