Perniagaan Jahabersa
Aqidatus - Salaf (Ahlul Hadith)
Aqidatus - Salaf (Ahlul Hadith)
Couldn't load pickup availability
Siri Manhaj Salaf / Aqidatus –Salaf (Ahlul Hadith)
Buku hasil karya As-Syeikh Ismail bin Abdur-Raham Ash-Shobuni ini memaparkan prinsip-prinsip Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah mengenai persoalan-persoalan aqidah yang dihuraikan secara jelas dan padu. Ianya merupakan warisan peninggalan ulama’ Salafus-Soleh –Ahlul-Hadith yang perlu dipelajari dan dihayati oleh generasi masa kini,
Ahlul-Hadith ialah orang-orang yang mewarisi ilmu-ilmu wahyu daripada Nabi Muhammd S.A.W. Bermula dari generasi sahabat, diikuti oleh generasi tabiin hinggalah generasi tabiit tabiin. Rasulullah S.A.W bersabda: Akan sentiasa ada orang-orang yang membawa ilmu(agama) ini di kalangan generasi penerus, mereka membenteras penyelewengan orang-orang yang melampaui batas, kebohongan orang-orang yang sesat serta penakwilan orang-orang jahil.
Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh sidang pembaca dalam memahami prinsip-prinsip aqidah Islam.
Share
