Berjalan Di atas Udara
Berjalan Di atas Udara
AUTHOR : Johar Buang
PJ-Ref.:
Berjalan diAtas Udara Kekadang disebalik apa yang terpapar di alam nyata ini, secara tiba-tiba muncul pula sesuatu kejadian aneh dan luarbiasa yang di luar jangkaan, and tak pernah kita rancangkan atau mengimpikannya, boleh terjadi di depan mata kita, sama ada ianya melibatkan diri kita atau berlaku kepada seseorang lain. Dan tentunya lebih unik dan berharga jika pengalaman-pengalaman tersebut dapat dihimpunkan menjadi santapan rohani dan cermin yang dapat menyebarkan betapa wujudnya tanda-tanda kebesaran Ilahi di sebalik reality kehidupan ini.
Umpamanya ada manusia yang amat pendiam, tetapi boleh mendengar suara hati orang lain yang sedang dalam kesusahan ketika berdoa kepada Allah, ada yang boleh ghaib sewaktu masuk ke dalam sebuah kamar kemudian muncul semula, ada yang dapat pergi ke Tanah Suci padahal tidak pernah menabung wang, ada yang tiba-tiba memeluk Islam kerana terpandangkan sesuatu yang tidak diperasan orang lain, ada yang boleh berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang jauh dengan masa yang amat singkat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Sejajar dengan demikianlah, maka disajikan buku Berjalan Di atas Udara ini, mengimbau kepekaan penulis ke arah pengalaman masa silamnya, berisi kisah-kisah aneh dari kejadian benar, sebagaimana persembahan kisahnya diterajui sendiri oleh penulisnya dan disorot dengan amat berkesan pelbagai tema permasalahan hidup manusia di jagat ini, dengan gaya bahasa yang ternyata segar dan mengasyikkan.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.