Bimbingan Adab Dan Doa Harian Untuk Pelajar
Bimbingan Adab Dan Doa Harian Untuk Pelajar
AUTHOR : Muhammad Ali Imran
PJ-Ref.: PJ-0164
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Berdoa iaitu memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. adalah satu daripada ciri yang penting untuk memupuk dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan seseorang kepada Allah s.w.t. Agama Islam menyuruh kita sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan berdoa untuk memohon pertolongan daripada-Nya setiap detik hidup kita.
Berdoa adalah syariat Islam yang disuruh oleh Allah s.w.t. Orang yang tidak mahu berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. merupakan manusia yang sombong, seolah-olah dirinya cukup sempurna segala-galanya. Pada hakikat dan kenyataannya, semua manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Manusia sebenarnya lemah dan serba kekurangan dalam segala-galanya.
Oleh itu, di samping berusaha bersungguh-sungguh, para pelajar hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. memohon pertolongan daripada-Nya untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Moga-moga para pelajar akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.