Biografi 12 Isteri Sahabat
Biografi 12 Isteri Sahabat
AUTHOR : Abdul Aziz Al-Sanawi
PJ-Ref.:
Buku ini memaparkan tentang isteri sahabat dan bahagian-bahagian lain yang Insya-Allah mencakup perjalanan perempuan Mukmimah yang memiliki sifat patuh, jujur, khusyuk, dermawan dan rajin menjalankan puasa. Saya harap buku ini boleh menjadi panutan dan teladan yang baik dalam rumahtangga Muslim dan dapat mengambil ibrah (pelajaran) hikmah, mauidhah, dan iman dari contoh-contoh teladan yang dapat memberi inspirasi pada sebuah kebenaran. Bagina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : " Tiada faedah yang lebih baik yang boleh diambil oleh seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah daripada (faedah berupa) isteri solehah. Jika orang mukmin itu memerintahnya maka isteri solehah itu mematuhi. Jika orang mukmin itu memandangnya, maka isteri itu membahagiakannya. Jika orang mukmin itu memberi hak kepadanya, maka ia akan memenuhinya. Dan jika orang mukmin itu sedang bepergian, maka isteri itu menasihati dirinya sendiri (menjaga dirinya) dan hartanya."
Sesungguhnya dunia itu adalah kenikmatan dan tiada kenikmatan di dunia yang lebih baik daripada isteri solehah ia adalah perhiasan dunia.
Demikian isteri-isteri sahabat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Ketika mereka mendengarkan sebuah perintah dalam kitab Allah, atau larangan dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam maka mereka berkata: "Kami mendengar dan patuh."
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.