Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Cinta & Penjara : Dalam Kisah Nabi Yusuf

Cinta & Penjara : Dalam Kisah Nabi Yusuf

AUTHOR : Ir Wan Bin Tan

PJ-Ref.:

Harga biasa RM45.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM45.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Kisah Nabi Yusuf 'alaihissalam tidak diragukan lagi adalah terindah dan terbesar di dalam Al-Quran. Iaitu kisah mendebarkan yang diliputi badai cinta, fitnah, penjara, tetapi juga pangkat, kenabian dan kesucian. Kisah yang benar-benar mencuit hati, perasaan dan sekaligus mematangkan akal. Tidak sedikitpun dapat disaingi oleh ucapan para sastrawan, para ilmuwan dan para penyair.
Menurut para ulama,kisah yang terbaik terdapat di dalam surah Yusuf. Kerana , surah ini mengandungi kisah-kisah para Nabi, para Rasul, para raja, para saudagar,orang-orang miskin, cinta, penjara, kesulitan,kelapangan, kekayaan, kemiskinan, perbuatan keji, upaya menjaga kesucian diri, perbuatan dosa, ampunan Tuhan, mimpi dan berita-berita yang terjadi di alam nyata.
Mereka menyebutnya sebagai kisah terbaik kerana semua kisah yang ada di dalamnya berakhir dengan kegembiraan dan kehadiran yang terbaik (happy ending). Yusuf berubah dari hidup kesunyian di dalam perigi menjadi hidup gemerlap di dalam istana. dari keadaan terpenjara dan tertekan menjadi seorang Nabi dan Raja. Seluruh jejak kisah yang ada berakhir dengan kebaikan , kelapangan , suka cita dan berita gembira.
Buku ini cuba mendedahkan kisah sebenar Yusuf 'alaihissalam yang terukir indah sepanjang zaman, mulai dari zaman kanak-kanak yang penuh pergolakan, zaman remaja yang dibadai cinta sebelah pihak, hinggalah zaman kemenangan berupa kekuasaan dan sujudnya sebelas bintang, matahari dan bulan. Semua kisah terangkum indah dan inspiratif, sehingga siapa pun yang membacanya akan termotivasi dan mensyukuri hidup.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh