Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Fahaman Wahabi Menular : Satu Analisis

Fahaman Wahabi Menular : Satu Analisis

AUTHOR : Mohd Yaakub

PJ-Ref.:

Harga biasa RM12.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM12.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama akhbar Minggun Malaysia pada 27 November 2005.Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah fahaman agama ynag berbeza dengan "sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh agama tempatan telah dikemukakan.
Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan tersebut?
Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e.
Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan di sisi nama mereka.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh