Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Perniagaan Jahabersa

Fenomena Al-Quran

Fenomena Al-Quran

Harga biasa RM34.30 MYR
Harga biasa Harga jualan RM34.30 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Buku yang bertajuk Fenomena Al-Quran dalam edisi awalnya adalah karya terjemahan dari buku berbahasa Perancis 'Le Phenomine Coranique' karya Malik Bin Nabi yang selanjutnya kami beri tajuk al-Zahirah al-Quran.
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhann yang mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi di langit dan di bumi, bahawasanya penyampainya kepada manusia adalah seorang rasul yang benar, yang menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Tuhannya untuk disampaikannya, di mana antara rasul yang menyampaikan dan kalamullah yang disampaikan itu terdapat pemisah. Pemisah antara Al-Quran dan penyampainya adaalh realiti yang jelas,tidak dapat disalahkan oelh orang yang mempelajari seraya mendalami dan merenungi perilaku kehidupan Rasulullah dengan akal fikiran yang sedar, tidak lengah.
Metode yang digunakan oleh Malik ini adalah metode yang dasar-dasarnya bersumber dari renungan yang lama tentang tabiat jiwa manusia, tentang naluri beragama dalam fitrah manusia. Tentang sejarah aliran-aliran dan kepercayaan-kepercayaan yang kadang-kadang melukiskan antagonisme.
Namun pada ketika bersama mengungkapkan juga rasa beragama pada setiap insan, kemudian dia mmeperolehi kebenaran dari penyelidikan yang terus-menerus tentang sejarah kenabian dan ciri-cirinya serta perikehidupan Rasulullah sejak kecilnya sampai wafat. Mengenai penyampaiannya yang menjadi dalil atas kebenaran apa yang disampaikan itu menunjukkan bahawa kalamullah berbeza jauh dari kalam manusia di segala seginya. Dari sela-sela metode ini nampak pada anda cubaan yang pernah diderita oleh Malik, seperti juga yang diderita oleh segenerasi Muslim dalam abad ini.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh