Ganjaran Dan Ancaman Dari Allah
Ganjaran Dan Ancaman Dari Allah
AUTHOR : Mohd Lokmanul Hakim
PJ-Ref.:
SETELAH manusia itu mengakhiri riwayat hidupnya di alam dunia yakni ia telah mati, maka perjalanan selanjutnya ia dikebumikan, dan disinilah manusia akan mengalami perpindahan alam lagi iaitu menempuh kehidupan di alam kubur (barzakh). Sifat dan keadaan di alam barzakh adalah lebih luas lagi dari keadaan di alam dunia sekarang ini. Sebagai perumpamaan dapatlah dikatakan bahawa perbandingan antara alam barzakh dan alam dunia sekarang ini adalah sebagaimana perbandingan antara alam dunia sekarang dengan alam sewaktu masih dalam kandungan ibu.
Kehidupan di alam ini sifatnya juga hanya sementara waktu sahaja, iaitu sehingga datangnya hari khiamat. Ini kerana setelah tiba hari kiamat kelak maka akan ada kehidupan lain lagi, iaitu kehidupan pada alam kehidupan yang terakhir yang dikenali sebagai alam akhirat.
Sesungguhnya dalam alam kubur (barzakh) ini, manusia yang telah mati akan mengalami satu suasana yang amat berbeza sekali dari kehidupannya sewaktu berada di dunia dahulu. Di alam ini, keadaan si mayat bergantung kepada amalannya ketika hidup di dunia sama ada banyak atau sedikit, lebih atau kurang, baik atau buruk. Pada waktu itu, si mayat akan menghadapi pertanyaan kubur, siksa kubur, pahala (kenikmatan) kubur dan lain-lain lagi sama ada berbentuk ganjaran atau ancaman siksaan di atas apa jua yang telah dilakukannya
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.