Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Haji dan Umrah Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Haji dan Umrah Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

AUTHOR : Muhammad Nashiruddin Al Albani

Harga biasa RM10.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM10.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Buku ini merupakan terjemahan tulisan Muhammad Nashiruddin Al-Albani yang menyusunnya secara lengkap dan terperinci tata cara menasik haji sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. berdasarkan kepada riwayat Jabir R.A.
Sebagai seorang ulama hadith yang terkenal, Al-Albani mengetahui bahawa Jabir mempunyai keistimewaan dalam meriwayatkan hadith mengenai perjalanan Rasulullah S.A.W. ketika menunaikan haji wada'. Ramai ulama besar lain, antaranya an-Nawawi, Qadi bin Iyadh, Ibnu Kathir dan Al-Hafiz az-Zahabi menyebut tentang hadith haji wada'yang diriwayatkan oleh Jabir. Mereka antara lain menyebut: "Dialah seorang sahabat yang terbaik periwayatannya tentang haji wada' ".
Di samping menyentuh riwayat hadith-hadith riwayat Jabir, al-Albani juga membahas mengenai pelbagai bentuk bi'dah yang seringkali dilakukan para jemaah haji ketika berada di Tanah Suci.
Salah satu alasan Al-Albani menulis buku ini adalah kerana keinginannya untuk menghindari para jemaah haji daripada sikap berlebihan dan taqsir pada masa mengerjakan ibadah haji.
Buku ini sememangnya amat sesuai untuk dijadikan pedoman kepada para bakal jemaah haji dan umrah , agar ibadah haji atau umrah yang mereka kerjakan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Mudah-mudahan buku ini berfaedah dalam menambahkan pengetahuan mengenai menasik haji sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh