Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Halal Dan Haram Menurut Perspektif Islam

Halal Dan Haram Menurut Perspektif Islam

AUTHOR : Dr Yusuf Al-Qaradawi

PJ-Ref.:

Harga biasa RM49.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM49.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Halal dan haram adalah satu kajian hukum-hukum Islam oleh Yusuf Qardhawi. Nafas pembahasannya serasi dengan peredaran dan perkembangan zaman.Berbagai bentuk persoalan yang melingkapi kehidupan social dibedah dengan bahasa yang mudah difahami.
Dalam konteks kehidupan sekarang, di mana masyarakat dihadapkan pada berbagai masalah social, mudah terbentuk keperibadian dan tabiat yang 'permissive'. Masyarakat sekarang mudah membenarkan dan juga melakukan sesuatu yang dianggap salah atau tidak baik. Mereka tidak memperdulikan lagi perbezaan antara yang halal dan haram.Tipisnya sekat yang membezakan di antara keduanya ini sering menjerumuskan orang dalam kesalahan tanpa disedari.
Hukum halal-haram yang ditetapkan Allah ke atas makhluknya sama sekali bukan umtuk mengekang hak-hak kebebasan mereka. Sulit dibayangkan keadaan manusia seandainya kita dihadirkan ke muka bumi tanpa sebarang hukum. Sekiranya manusia kehilangan kendali hukum yang mengikatnya, sudah pasti terjadi kekacauan. Kehidupan bangsa-bangsa di masa lampau telah membuktikan hal itu.Kemanusiaan mereka tercabik-cabik oleh tindakan mereka sendiri, sehingga tidak kenal lagi mana anak, mana ibu, mana ayah dan seterusnya: semua dianggap halal. Itu sekadar contoh kecil.
Belum lagi yang terkait dengan nilai kehormatan, hubungan kemasyarakatan, interaksi ekonomi dan seterusnya. Manusia moden memerlukan semua itu sebagai alat yang akan membentuk perilaku hidup mereka, agar terhindar dari ciri-ciri kebinatangan yang rakus dan tidak mengerti hukum.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Abd. Farid Bin Hj Ali
Buku yang diwajib dimiliki oleh setiap rumah muslim

Buku yang diwajib dimiliki oleh setiap rumah muslim