Ibn Yaimiyyah: Pencetus Akidah Tasybih & Tajsim?
Ibn Yaimiyyah: Pencetus Akidah Tasybih & Tajsim?
AUTHOR : Mohd Hairi Nonchi
PJ-Ref.:
"Bagi Ibn Taimiyyah , Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, duduk bersela, datang dan pergi dan Cahaya langit dan bumi, kerana hal itu
semuanya tersebut dalam al-Quran. Tuhan berada di atas langit, boleh ditunjuk dengan anak jari, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan, mempunyai nafas naik-turun dan Tuhan itu masa, kerana semuanya itu tersebut dalam Hadits yang sahih-sahih, kata Ibn Taimiyah. Jadi beliau sebenarnya harus dimasukkan dalam Bab kaum Mujassimah atau
Musyabbihah, kerana ada persamaannya dalam i'tiqad." - Lihat I'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah oleh K.H Siradjuddin Abbas (Pustaka Tarbiyah Baru, Jakarta Selatan cet. ke-8, 2008) ms. 298.
Mungkin ada di kalangan para pembaca yang pernah terdengar atau terbaca
kenyataan-kenyataan seumpama di atas. Persoalannya, adakah kenyataan tersebut suatu yang benar-benar berasal Syaikh al-Islam,sekaligus mewakili keyakinannya dalam persoalan akidah?
Buku ringkas sususnan saudara Mohd Hairi Nonchi ini telah tampil bagi
meungkai persoalan-persoalan di atas. Benarkah Syaikh al-Islam yang selama ini dikenali di sisi pendukung Sunnah sebagai tokoh mujaddid adalah penganut dan pencetus kepada akidah Tasybih dan Tajsim, sekaligus layak dianggap terkeluar daripada iktikad Ahl Al-Sunnah wa
Al-Jama'ah? Sama-samalah kita mengkaji persoalan ini.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.