Ilmu Al-Jarh Wa Ta'dil
Ilmu Al-Jarh Wa Ta'dil
AUTHOR : Rosli Bin Mokhtar Mohd Fikri Che Hussain
PJ-Ref.:
Ilmu Jarh wa Ta'dil ini merupakan satu ilmu yang begitu unik dan tersendiri. Metod ini merupakan salah satu mutu ketinggian daripada beberapa kaedah yang dihasilkan di persada keilmuan Islam. Metod Islam dalam menentukan setiap laporan atau berita sama ada benar atau sebaliknya amat bergantung kepada kaedah ilmu ini.
Pada hakikatnya, ilmu ini merupakan satu bahagaian dari ilmu Rijal al-Hadis. Namun, kepentingan ilmu ini yang dilihat sebagai satu kaedah terpenting dalam mengesan setiap kebenaran periwayatan bagi sesebuah hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, maka ilmu ini dijadikan sebagai sebuah ilmu yang terdiri dengan sendirinya.
Ilmu Jarh wa Ta'dil ini merupakan satu ilmu yang menerangkan tentang catatan biodata para periwayat hadis, pujian (Ta'dil) kepadanya dan mencatatkan periwayatannya (Tajrih) dengan menggunakan lafaz khusus yang mempunyai martabat bagi setiap lafaz tersebut. Ilmu Jarh wa Ta'dil sangat berguna untuk menentukan kualiti periwayat dan nilai hadis yang diriwayatkannya.
Oleh itu, buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mencari panduan asas dalam usaha menilai kesahihan dan kepalsuan sesebuah hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.Insya Allah!
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.