Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Perniagaan Jahabersa

Iman Anak Kunci Syurga

Iman Anak Kunci Syurga

Harga biasa RM10.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM10.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

DI antara banyak-banyak nikmat yang Allah anugerahkan pada kita, ada satu nikmat yang paling bernilai dan sangat penting iaitu nikmat iman. Maknanya semua nikmat-nikmat lain seperti kesihatan, kepandaian, kecantikkan, kemasyarakatan, harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak dan lain-lain nikmat-nikmat Allah yang tidak akan habis jika dihitung itu tidaklah semahal dan sepenting iman. Tapi dalam kekecohan krisis nilai hari ini, ramai orang telah menganggap iman tidak penting. Ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap hidup mereka, semua program harian hanya bertujuan mencari keuntungan duniawi, dengan melupakan kepentingan iman.
Kehidupan akhirat yang sering dimimpikan oleh orang yang beriman, telah mereka lupakan, malah setengahnya merasa ragu dengan kedatangannya. Maka hiduplah manusia ini dengan berpandukan akal fikiran dan hawa nafsu semata-mata. Akibatnya masyarakat manusia kini sedang rangkus dalam gelomang kerangkusan nafsu dan syaitan. Tidak sedikit yang menjadi mangsa dan mati dalam perangkapnya. Tanpa iman masyarakat manusia tidak abadi. Di dunia akan dihimpit oleh kegelisahan dan kekalutan hidup, manakala di akhirat akan Allah benamkan ke dalam api neraka yang maha dahsyat.
Oleh itu sedarlah wahai manusia, bahawa iman itu sangat penting dan perlu dimiliki. Ia perlu dicari sebagaimana kita mencari harta benda. Ia tidak mungkin datang sendiri tanpa usaha dan ikhtiar dari kita, sepertilah duit tidak pernah datang sebelum kita berusaha mendapatkannya

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh