Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Jesus Sebagai Nabi Islam

Jesus Sebagai Nabi Islam

AUTHOR : Muhammad 'Ataur Rahim

PJ-Ref.:

Harga biasa RM19.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM19.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.
Synopsis :

Sebahagian besar masyarakat telah cuba melakukan penelitian untuk mengetahui siapa sebenarnya Jesus, namun usaha pencarian data dan informasi mengenai sejarah Jesus secara utuh masih amat minimum diperolehi. Penemuan sejarah hanya sebatas pada ajaran dan beberapa tingkah lakunya semata-mata, sementara hal-hal yang berkaitan dengan bagaimana aktiviti seharian Jesus dan bagaimana interaksi beliau dengan masyarakat sekelilingnya sedikit sekali yang diketahui.

Memang, beberapa gambaran dari masyarakat mengenai Jesus - siapa dia, dan apa yang dia lakukan - banyak yang diubah. Sekalipun ada beberapa kebenaran di antara gambaran-gambaran tersebut, namun kenytaan tidak dapat dimungkiri bahawa empat kitab Injil Kristian tidak hanya merupakan hasil perubahan dan hilang oleh perjalan sejarah, teta[pi juga tidak didukung oleh pengakuan saksi mata. Di antara empat kitab Injil secara rasmi diakui, yang paling awal adalah Injil Markus. Ia ditulis sekitar tahun 60-75M. Dan mengenai kitab Injil Johannes, ia diambil dari sumber yang berbeza, ditulis pada tahun 100M. Ia diperdebatkan dengan sengit selama dua abad dengan maksud apa ajaran ini seharusnya diterima sebagai fakta sejarah kehidupan Jesus yang dapat dipercayai dan dimasukkan dalam Kitab Injil.

Jesus sebagaimana kita fahami dari beberpa sumber-sumber bukanlah "Anak Tuhan". Dia tidak ubahnya seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., dan Nabi Muhammad SAW. Dia adalah utusan Allah SWT yang mencintai semua umat manusia. Berperilaku sebagaimana manusia lainnya, memakan makanan dan pergi ke pasar.

Sebagai seorang utusan Allah SWT, dia berjuang menyebarkan ajarannya ditengah-tengah masyarakat dan terkadang terkandung oleh konflik kepentingan dan keyakinan masyarakat.Namun, dia tetap besikap baik terhadap mereka, meskipun mereka tidak mahu menerima dan juga bersikap baik terhadap mereka yang mengabaikan kebenaran ajarannya.

Lebih jauh lagi, kita mengetahui bahawa kehidupan Jesus di dunia merupakan sebahagian dari integral dari masyarakat Yahudi dan untuk memahami sejarahnya, diperlukan untuk untuk melakukan kajian pengindentifikasian terhadap identitinya. Diidentifikasikan bahawa dia adalah seorang Yahudi praktikal orthodok. Dia hadir dengan membawa sebagai seorang neo-mordenis; memperbaiki; menyempurnakan dan menghidupkan kembali ajaran Nabi Musa a.s. yang telah diubah dalam beberapa tahun.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh