Keistimewaan Rasulullah S.A.W
Keistimewaan Rasulullah S.A.W
AUTHOR : Imam al-Hafiz Muhammad al-Qasthalani
PJ-Ref.:
Mengenali, mengkaji dan memperhatikan peribadi Rasululah s.a.w adalah perkara
yang dituntut; kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, begitu juga menjelaskan
tentang kemuliaan nabi s.a.w dan kedudukannya yang tinggi di hadapan Allah s.w.t.
Allah s.w.t mengharuskan baginya sesuatu yang diharamkan bagi orang lain dan
mengharamkan baginya sesuatu yang di haruskan bagi orang lain.
Allah s.w.t memuliakan Rasulullah s.a.w dengan setinggi-tinggi perghormatan,
seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Al-Qalam:4)
Allah s.w.t yang mencipta Rasulullah s.a.w kemudian memuji dan mengagungkannya
dengan pelbagai keistimewaan yang tidak terkira. Maka yang wajib bagi kita
adalah melihat keperibadian Rasulullah s.a.w dengan pandangan kemuliaan dan
penghormatan. Beliau adalah daripada kalangan manusia biasa tetapi berbeza
dengan mereka, kerana tidak seorang pun yang setanding dengan beliau,
sebagaimana sabda beliau dalam hadis sohih:
"Saya tidaklah sama dengan keadaan kmau sekalian, saya bermalam di sisi Tuhanmu.
Dialah yang memberiku makan dan minum."
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.