Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-fakta Sejarah Zaman Bani Umayyah Siri 3
Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-fakta Sejarah Zaman Bani Umayyah Siri 3
AUTHOR : Prof Dr Ibrahim Ali Sya'wat
PJ-Ref.:
Siri 3 - Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman Bani Umayyah Yang Perlu Diperbetulkan Semula
Buku ini menghidangkan kepada pembaca kesalahan-kesalahan fakta sejarah yang berlaku di zaman pemerintahan Bani Umayyah yang telah diperbetulkan semula oleh penulisnya. Kesalahan-kesalahan fakta ini dilakukan samada kerana memenuhi perasaan dendam pihak tertentu kepada kerajaan Bani Umayyah atau kerana ingin mendapat tempat di sisi kerajaan Bani Abbasiyah. Malangnya kesalahan-kesalahan ini dilariskan oleh orang-orang Islam yang tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya perkara-perkara ini. Akhirnya timbul salah faham sesetengah masyarakat terhadap pemerintahan Bani Umayyah.
Antara kesalahan fakta yang dikemukakan oleh penulisnya ialah cerita bohong mengenai perintah khalifah Bani Umayyah kepada gabenornya supaya mencaci dan melaknat Sayyiduna Ali di atas mimbar masjid Madinah, Yazid membunuh al-Husain, Marwan al-Hakam menipu Uthman dan menjadi punca Islam berpecah sehinggalah sekarang ini, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi adalah seorang yang suka menumpahkan darah dan lain-lain. Untuk menatapi pembetulan ini pembaca boleh menatapi buku ini dan pembaca akan membuah kesimpulan yang kesemua fakta yang disebutkan di atas adalah tidak benar, malah sengaja direka bagi memburukkan kegemilangan pemerintahan bani Ummayah baik di Timur Tengah mahupun di Andalusia.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.