Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Kisah Ashabul Ukhdud (Tragedi Parit Api) - Pedoman Di Jalan Dakwah

Kisah Ashabul Ukhdud (Tragedi Parit Api) - Pedoman Di Jalan Dakwah

AUTHOR : Syeikh Rifa'ie Surur

Harga biasa RM6.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM6.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Sehingga dewasa ini, kita masih lagi memerlukan bahan-bahan bacaan bercorak agama yang membicarakan tentang kisah-kisah perjalanan dakwah umat-umat terdahulu, yang diceduk daripada khazanah Al-Quran dan As-Sunnah, untuk memudahkan kita mengenali 'Ahlul Haq' (pejuang kebenaran) dan 'Ahlul Batil' (pejuang kebatilan) dan turut menjelaskan bagaimana sejarah pergeseran antara dua kelompok manusia yang berlainan matlamat ini berlaku. Ini juga, dapat menperjelaskan kepada kita keutamaan di dalam tindakan dan kerja-kerja dakwah, untuk mengetahui neraca sebenar antara 'maslahah' dan 'mafsadah' sepertimana detik-detik getir yang dipaparkan di dalam kisah ashabul ukhdud ini.
Munculnya kisah-kisah Nabi dan Rasul di dalm kitab-kitab dan sunnah boleh membantu menerangi jalan-jalan pejuang kebenaran, dan menjelaskan kepada kita persimpangan jalan, antara lorong yang menuju ke lurah kesesatan dan lorong menuju cahaya kebenaran. Telah dipaparkan di dalam hadis ini tentang perincian kisah ashabul ukhdud, manakala Al Quran memperjelaskan matlamat sebenar kisah ini. Inilah dia antara kisah yang sangat bernilai dan bermakna yang perlu dihayati bersama. Kisah ini mengandungi faedah yang sangat besar bagi kaum muslimin dan setiap peringkat di dalam cerita ini mestilah diperhati dan dihayati bersungguh-sungguh, mudah-mudahan ia berupaya untuk menerangi dan menyuluh kehidupan para da'ie khususnya dan umat Islam amnya.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh