Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Kitab Bayan Alif

Kitab Bayan Alif

AUTHOR : Syeikh Hamzah AL-Fansuri

PJ-Ref.:

Harga biasa RM12.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM12.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Kitab edisi jawi lama ini berjudul "Kitab Bayan Alif" yang mana ada yang berpendapat bahawa pengarang kitab ini ialah Syeikh Hamzah yang telah disusun
tulis oleh seorang tokoh sufi yang bernama Mahmud bin A.Bakar bin Udang, Gong
Baiduri, Pontianak.
Mudah-mudahan kitab ini menjadi pendorong dan pencetus minda anda untuk mendekati dan mengenali Allah Taala dan Rasul-Nya dengan lebih seronok lagi selari dengan hukum Allah Taala dan syariat Rasulullah s.a.w.
Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa ilmu Tasawwuf adalah ilmu rasa atau ilmu dzauq. Sesiapa yang ingin merasai dan mengalaminya sendiri akan faham nanti. Untuk merasainya perlulah masuk dan mengembara pada jalan kerohanian yang dibimbing dan dipandu oleh Guru Mursyid yang kamil mukammil yang sudah pun merasai, mengalami dan bergelumang dalam Alam Mitsal, Alam Arwah, Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Lahut, Alam Yahut dan Alam Hahut. Jalan inilah yang dikenali dengan nama Thariqat Sufiyah atau Jalan Orang Sufi.
Oleh itu, semasa anda membaca dan memahami kitab ini, bacalah dengan tenang. Sekiranya terdapat perkara yang meragukan (sebab tak tahu, jahil dan tidak pernah mendengar sebelum ini), bertanyalah kepada orang yang tahu (orang-orang 'Arif Billah), belajarlah dengannya supaya anda tidak tersesat jalan.
Insya Allah Taala

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh