Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Kuliah & Nasihat Bimbingan Umat Islam

Kuliah & Nasihat Bimbingan Umat Islam

AUTHOR : Mohd Afifuddin

PJ-Ref.:

Harga biasa RM36.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM36.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.
Synopsis :

MENURUT Imam Ghazali rahimahullahutaala, seseorang yang melakukan ibadah secara terpaksa atau secara dipaksa-paksa, itu adalah dianggap sebagai satu kekurangan. Umpamanya, kalau seseorang itu melakukan ibadah yang fardhu ataupun yang sunat seprti bersembahyang, berpuasa, menunaikan haji, berwirid, berzikir, membaca Al-Qur’an dan lain-lainnya, dengan cara terpaksa, maka itu adalah dianggap satu kekurangan. Begitu juga kalau seseorang itu meninggalkan maksiat seperti meninggalkan judi, zina, minum arak, makan riba', menghisap dadah, berdusta, berbohong dan lain-lainnya dengan cara terpaksa, maka itu dianggap sebagai satu kekurangan.
Yang dikatakan secara terpaksa ialah, seperti kita tidak suka sembahyang, namun kita paksa diri kita untuk sembahyang. Kita malas membaca Al-Qur’an umpamanya, namun kita lawan-lawan juga perasaan itu dengan membaca Al-Qur’an. Begitu juga, kita begitu suka bermain judi tetapi kita paksa diri kita supaya jangan berjudi. Dan perasaan kita amat suka kepada meminum arak tetapi kita lawan-lawan perasaan itu untuk tidak meminumnya.
Sungguhpun membuat yang disuruh sama ada yang fardhu atau yang sunat serta meninggalkan yang dilarang sama ada yang haram atau pun yang makruh itu, ia dibuat secara terpaksa dan ia pula dianggap satu kekurangan, namun di situ sudah ada kebaikan. Ini adalah orang itu sudah ada cita-cita untuk membaiki diri. Orang itu sudah ada usaha untuk berjuang melawan hawa nafsu.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh