Menyingkap Tabir Suami Isteri Dalam Perkahwinan
Menyingkap Tabir Suami Isteri Dalam Perkahwinan
AUTHOR : Ummu A’fiah
PJ-Ref.:
PERKAHWINAN adalah fitrah manusia sejak Allah ciptakan makhluk. Segala rahsia yang sebenarnya tentang perkahwinan hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.Sejajar dengan itu, Islam bukanlah menganggap sistem perkahwinan sebagai satu cara bagi mempertemukan di antara lelaki dan perempuan atau untuk memuaskan nafsu syahwat berahi semata-mata. Malah pandangan Islam terhadap perkahwinan lebih jauh dan mendalam di samping berusaha untuk mencapai keharmonian.
Lihatlah perumpamaan Allah dalam Al Quran yang bermaksud :
" Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. "( Ar Rum : 21 )
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" Bermula pernikahan itu sunnahku yakni jalan agamaku maka barangsiapa kasih dia akan agamaku maka hendaklah dia menjalani sunnahku itu.
( Al Baihaqi )
Sabda baginda lagi :
" Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka dia bukan daripada pengikutku. Dan di antara sunnahku adalah berkahwin. Maka barangsiapa yang kasihkan aku hendaklah dia mengikut sunnahku.
( Hadis riwayat Al Baihaqi, Abu Yaala dan Ibnu Jauzi )
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.