Mitos Dalam Kepelbagaian
Mitos Dalam Kepelbagaian
AUTHOR : Misnon Jamil
PJ-Ref.:
Mitos adalah perkataan yang kerap diucapkan di mana-mana. Ia diucapkan untuk menggambarkan adanya kepercayaan orang terhadap sesuatu cerita yang dikaitkan dengan sesuatu benda, tempat, fenomena atau tokoh. Mitos juga boleh jadi suatu pengagungan terhadap benda, makhluk mistik, keyakinan atau manusia yang memiliki kelebihan tertentu.
Buku ringan ini sengaja penulis susun kandungannya agar saling mencelah antara satu tajuk dengan tajuk lain, tidak ada kekhususan. Mitos juga penulis kaitkan dengan keyakinan golongan paganisme, dikaitkan dengan agama Syi'ah yang memang banyak "mitos"nya terutama yang berkaitan dengan keyakinan mereka. Oleh sebab ia bukanlah sesuatu ajaran yang baku, maka kita masukkan dalam perkara mitos juga. Rupa-rupanya mitos tidak hanya lahir dalam dunia Melayu sahaja, bahkan kalau disemak, ia melibatkan semua orang. Tidak kira dari peradaban mana pun, tetap ada mitos yang berkembang di kalangan mereka. Baik tradisi Arab, bukan Arab , tradisi Yunani, tradisi Mesopotamia, tradisi di Afrika Utara atau di mana sahaja, masing-masing tetap menyusung mitos. Ia tidak boleh dielakkan. Buku ini memaparkan berbagai mitos dari berbagai tempat. Ada di antaranya tidak siapa menduga ia dibariskan sebagai produk mitos, tetapi seperti yang telah dikatakan tadi, mitos itu hidup, setiap zaman memiliki mitosnya yang khas.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.