Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Penciptaan Alam Semesta (H/C)

Penciptaan Alam Semesta (H/C)

AUTHOR : Harun Yahya

Harga biasa RM59.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM59.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Falsafah materialisme yang menguasai dunia sains pada abad ke-19, telah menganjurkan bahawa alam semesta ini adalah satu longgokan jirim tidak terkawal yang wujud sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, penemuan-penemuan abad ke dua puluh telah menolak sepenuhnya dakwaan materislisme ini. Hari ini sains membuktikan bahawa alam semesta ini mempunyai permulaan, iaitu bahawa, ia telah dijadikan daripada tiada. Dengan permulaan ini yang digelar Letupan Agung, jirim dan masa telah dijadikan daripada tiada.
Tambahan pula, penemuan-penemuan yang dilakukan pada kahir 30-40 tahun telah mendedahkan bahawa keseimbangan-keseimbangan fizikal alam ini telah diatur di dalam cara yang paling tepat. Semua keseimbangan alam semesta ini daripada kadar letupan (Letupan Agung) sehinggalah kepada nilai-nilai empat tenaga utama fizik, daripada tindak balas nuclear di dalam bintang-bintang kepada struktur atom, telah diselaraskan untuk menampung hidup manusia. Struktur bumi, kedudukannya di angkasa dan atmosferanya semuanya tekah direka sebagaimana yang sepatutnya. Sifat-sifat fizika; dan kimia atom seperti karbon dan oksigen atau molekul-molekul seperti air telah disusun untuk memungkinkan hidup manusia. Ringkasnya tidak mungkin ada ruang untuk kebetulan di alam ini. Seluruh cakerawala ini telah diciptakan berdasarkan kepada tujuan tertentu dan dalam keseimbangan, keharmonian dan aturan yang hebat. Ini adalah ciptaan agung dan sempurna.
Allah "Tuhan Sekalian Alam". Allah berfirman tentang kenyataan ini seperti berikut di dalam al-Quran:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam tahap(hari) lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptkan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-A'raaf:54)

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh