Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah

Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah

AUTHOR : Mohd Fikri Che Hussain

PJ-Ref.: PJ - 2187

Harga biasa RM15.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM15.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Ilmu Maqasid merupakan satu medium terpenting yang boleh diguna pakai bagi menjana tahap pemikiran masyarakat Islam dalam penetapan hukum Islam dalam realiti semasa. Ia mampu direalisasikan dengan sebaiknya jika elemen berasaskan Maqasid ini dapat diterapkan dalam kehidupan harian masyarakat.
Proses meletakkan kefahaman syariah menerusi Metod Maqasid kepada masyarakat Islam adalah amat dieprlukan pada era ini. Kejumudan dalam menanggapi beberapa persoalan hukum semasa di bidang syariah jelas ketara dalam jiwa masyarakat.
Sedangkan keanjalan (fleksibel) hukum syarak dalam proses mengeluarkan fatwa semasa bagi kemudahan masyarakat Islam adalah amat dituntut, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu 'anha bahawa "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memilih antara dua perkara (hukum) melainkan yang paling mudah antara keduanya".
Justeru itu kehadiran buku ini dilihat sebagai salah satu wahana penting yang diharap mampu membuka minda umat mengenai roh dan objektif pensyariatan, sekaligus merangsang perkembangan industri ijtihad di negara ini,Insya-Allah.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh