Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Peribadi Wanita Salafussoleh Siri 2

Peribadi Wanita Salafussoleh Siri 2

AUTHOR : Sharifah Fakhrudin

PJ-Ref.:

Harga biasa RM5.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM5.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.
Synopsis :

WANITA merupakan tiang negara. Baik wanita, baiklah negara. Masyarakat yang baik memerlukan anggota-anggota dalam masyarakat itu baik dan sempurna juga.

Wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat ke arah perpaduan sejagat. Mereka berfungsi sebagai ibu kepada anak-anak, isteri, dan juga sebagai pendidik(serikandi).

Tugas yang berbagai ini memerlukan wanita yang mampu menghadapi berbagai ujian dan cabaran hidup. Justeru itu, satu model wanita cemerlang adalah perlu untuk menjadi contoh kepada kita, khususnya kaum wanita.

Wanita hari ini sudah ketandusan iman dan taqwa. Ini menyebabkan mereka lalai dari tugas asasi mereka dan tidak dapat menyempurnakan tugas-tugas yang lain. Mereka tidak mempunyai ilmu tentang tugas asasi mereka sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada anak-anak.

Lantaran itulah, perlu ditonjolkan watak-watak wanita salafussoleh seperti yang terkandung dalam buku ini supaya ia menjadi ikutan atau 'guideline' kepada wanita-wanita zaman sekarang.

Moga-moga buku ini mampu memberikan panduan kepada wanita yang ingin mendapatkan keharmonian dalam rumahtangga, pandai mendidik anak-anak dan sekaligus menjadi pembangun masyarakat yang bertaqwa.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh