Program Istiqamah Dalam Kehidupan Muslim
Program Istiqamah Dalam Kehidupan Muslim
AUTHOR : Lutpi Mustafa
PJ-Ref.:
Kehidupan yang berakar tunjang dengan pegangan tali akidah dan keyakinan hidup terhadap ketuhanan Allah adalah kehidupan yang sebenar; kehidupan yang realiti dan kehidupan itu berpijak di alam nyata. Kehidupan itu adalah kehidupan yang bersih dan bebas dari sebarang unsur maksiat. Seseorang tidak boleh meneruskan kehidupannya sendiri tanpa ada apa-apa pedoman atau panduan yang membawa arah tujuan kehidupan itu. Dia mesti mengemukakan kepada kehidupannya tentang acuan hidup yang menjadi model ikutannya, supaya program kehidupan yang akan dilaksanakan itu menepati citarasa kehidupan itu sendiri dan nilai-nilai kemanusiaan.
Istiqamah bererti berdiri teguh di atas jalan yang benar, iaitu jalan Allah dalam segenap penjuru dan ruanglingkup kehidupan, sama ada dari sudut akidah dan pegangan hidup, dari sudut ibadat dan amalan, dari sudut pandangan dan perjuangan hidup dan sebagainya,
Buku ini akan membimbing para pembaca untuk beristiqamah dalam meneruskan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan yang berpaksikan kepada akidah dan syari'at Islam. Insya-Allah.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.
Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.