Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Rekaan Sempurna Alam Ini Bukan Secara Kebetulan

Rekaan Sempurna Alam Ini Bukan Secara Kebetulan

AUTHOR : Harun Yahya

PJ-Ref.:

Harga biasa RM44.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM44.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Fikirkan sejenak benda-benda yang kamu lihat ketika kamu bangun tidur di awal pagi...
Luangkan sedikit masa untuk memikirkannya dan sudah tentu kamu akan mendapati bahawa setiap benda-benda ini telah direka untuk tujuan tertentu. Tiada siapa pun yang akan menyatakan bahawa disebabkan oleh kebetulan semua benda berada di tempatnya apabila kamu bangun di waktu pagi.
Bagaimana dengan orang ramai yang kamu lihat berjalan di jalan-jalan? Atau pokok-pokok yang kamu laluinya, anjing yang berlari-lari di hadapan kamu, kuntum-kuntum bunga di atas meja kamu, langit di atas kamu? Mungkinkah mereka wujud secara kebetulan?
Untuk memikirkan kemungkinan ini sahaja sudah tidak masuk akal! Semua benda yang berada di sekeliling kamu, yang hidup dan yang mati, adalah terlalu cantik dan kompleks untuk dibandingkan dengan benda-benda buatan manusia atau menganggapnya hasil daripada operasi kebetulan. Setiap satunya adalah satu contoh rekaan bijak, yang memerlukan kebijaksanaan dan kemahiran.
Tetapi hari ini, terdapat mereka yang tidak dapat melihat hakikat ini dengan jelas. Atau mereka melihatnya, tetapi pura-pura tidak nampak. Mereka mendakwa bahawa semua yang wujud di alam semesta ini, yang hidup dan yang mati, adalah hasil tindakan secara kebetulan semata-mata. Mereka, yang dikenali sebagai golongan Materialis-Darwinisme ini, mempertahankan idea sesat bahawa kebetulan yang berlaku boleh menghasilkan kebijaksanaan yang agung;dan hasil daripada berjuta-juta kebetulan, yang berlaku secara berturut-turut, mampu mempamerkan kuasa mencipta. Menurut penyokong-penyokong fahaman Materialisme-Darwinisme ini, masa adalah satu-satunya perkara yang diperlukan oleh kebetulan ini untuk menghasilkan kejadian-kejadian yang luar biasa.
Buku ini mengkaji ketidakrasionalan mereka yang telah terperangkap di dalam jalan mati kebetulan ini, sehingga menafikan keindahan rekaan yang terdapat di sekeliling mereka dan juga bukti ciptaan, serta mendustai bukti-bukti kewujudan Allah yang menjadikan mereka dan alam semesta yang mereka tinggal ini.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh