Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Rukun Asas Agama Islam

Rukun Asas Agama Islam

AUTHOR : Harun Yahya

PJ-Ref.:

Harga biasa RM15.90 MYR
Harga biasa Harga jualan RM15.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Buku ini ditulis untuk mereka yang baru diperkenalkan kepada Islam dan juga kepada mereka yang sudah tahu dan yakin berkenaan Islam tetapi bukan berdasarkan ilmu Islam yang tepat atau dari sumber yang sah. Kebanyakkan maklumat yang orang ramai perolehi tentang Islam terbatas kepada apa yang mereka dapati dari keluarga, rakan-rakan atau sesetengah buku yang mereka telah baca. Walau bagaimanapun, ketepatan maklumat berkenaan Islam hanya boleh didapati dengan merujuk kepada al-Qur'an sumber asas agama Islam.
Al-Qur'an merupakan panduan untuk memimpin manusia ke jalan kebenaran. Ia merupakan wahyu tuhan yang diturunkan untuk membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya. Melalui al-Qur'an, Allah, pencipta umat manusia dan seluruh hidupan di muka bumi,membimbing hamba-Nya ke jalan kebenaran.
Dengan merujuk kepada sumber dari Al-Qur'an, kami membicarakan tentang Tuhan, sifat-sifat-Nya,tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini, ketaatan kepada Tuhan, hakikat kematian dan apa yang menunggu kita pada hari kemudian.
Kami ingin mencadangkan anda supaya membaca buku ini dengan penuh berhati-hati dan mengambil pengajaran darinya kerana ia berperanan membawa anda mendekati tuhan, Pencipta alam dan menunjukkan anda jalan untuk mencapai kebahagian & keselamatan.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh