Sabar Dalam Islam
Sabar Dalam Islam
AUTHOR : Dr Yusuf Al-Qardawi
PJ-Ref.:
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Sebenarnya kalimah sabar,merupakan ungkapan yang amat lumrah diperkatakan orang dan dengannya bolehlah kita katakan bahawa setiap lapisan masyarakat mengenali perkataan ini.Walaupun begitu, di sana terdapat pengertian dan hakikat yang tidak semua orang mengetahuinya,lebih-lebih lagi berhubung dengan konsep dan matlamat ianya acapkali diulangsebut di dalam surah-surah yang banyak di dalam Kitab Al-Qur'an.
Sabar adalah rahsia kejayaan insan dalam seluruh bidang kehidupannya.Tanpanya bererti kegagalan jua yang terhasil. Sabar inilah juga senjata utama para Rasul;dipesankan oleh Allah dengan begitu sungguh-sungguh agar para utusan-Nya berteguhsetia dengannya;menegah mereka agar lekang dan berpisah darinya ketika mereka melaksanakan tugas dakwah mereka.Hakikat ini lebih terasakan lagi dengan khitab langsung Allah kepada Rasul teragung Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam agar mencontohi mereka yang sabar di dalam Al-Quran.Dan inilah juga yang perlu diteladani oleh umat ini,khususnya oleh pembawa panji-panji kebenaran di sepanjang zaman.
Dalam buku ini kita dapati bagaimana sifat sabar itu seharusnya bersemadi di dalam jiwa orang-orang Mu'min terutama bilamana mereka ditekan dan ditindas oleh pendusta-pendusta Agama Allah yang sentiasa merencanakan kejahatan untuk menyekat kelangsungan bersinarnya cara hidup Al-Qur'an di bumi Allah ini. Mudah-mudahan kita semua dihimpunkan oleh Allah dalam kumpulan orang-orang yang sabar menurut hukum dan ketentuan-Nya.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.