Silsilah Amalan Hati
Silsilah Amalan Hati
AUTHOR : Abu Ezzat Al-Mubarak
PJ-Ref.:
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Urusan berkaitan dengan hati merupakan masalah serius yang sangat penting untuk diambil perhatian, memandangkan dalam jasad manusia hati merupakan satu-satunya organ tubuh yang banyak berperan. Hati adalah kurniaan Allah yang paling berharga, sekiranya hati seseorang itu baik maka baiklah seluruh anggota tubuh manusia itu.
Apabila seseorang hendak melakukan suatu pekerjaan atau amalan, maka hati adalah sebagai tenpat bergantung, hati akan berperan mengawal serta memberikan panduan sama ada amal perbuatan yang akan dikerjakan itu baik atau buruk. Sesuaikah amalan itu dengan perintah syarak atau sebaliknya.Maka hendaknya hati sentiasa dijaga agar bersih, suci dari segala penyakit yang zahir mahupun yang batin.
Perlunya mendidik hati dengan amalan-amalan wajib yang harus dilakukan adalah menjauhkan dari penyakit seperti riya, hasad, sum'ah, kufur nikmat, tamak haloba dan lain-lain penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Justeru penyakit hati itu akan memudaratkan bagi pelakunya sama ada di dunia akan mengalami kesengsaraan sedangkan di akhirat kelak akan mendapat tempat kembali yang paling buruk iaitu neraka.Nauzu billahi min zalik.
Buku yang kini berada di hadapan pembaca telah membincangkan silsilah amalan hati dengan huraian sitematik dan mudah difahami, dengan menelaahnya Insya-Allah ia akan membantu kita mempersiapkan diri menuju keredhaan Allah dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.
Kongsi
penghantaran
penghantaran
Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.
Pemulangan / Pemulangan
Pemulangan / Pemulangan
Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.
Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Langgan e-mel kami
Sertai senarai e-mel kami untuk tawaran eksklusif dan berita terkini.