Skip to product information
1 of 1

Perniagaan Jahabersa

Siri Fiqh Islam Mudah - Korban dan Aqiqah

Siri Fiqh Islam Mudah - Korban dan Aqiqah

Regular price RM3.00 MYR
Regular price Sale price RM3.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.
Title
Quantity

Siri Fiqh Islam Mudah - Korban dan Aqiqah merupakan sebuah buku yang menghimpunkan membicarakan dan memuatkan hukum-hukum fiqh yang boleh dipelajari secara mudah, ringkas dan padat berkenaan dengan ibadah korban dan aqiqah yang merangkumi dalil pensyariatannya, syarat-syarat, hukum daging korban dan amalan ketika menyambut kelahiran. Termasuk juga perbincangan tentang hukum sembelihan haiwan dan perburuan yang disyariatkan oleh Islam.
Hukum-hukum fiqh yang dibincangkan dalam buku ini merupakan pandangan yang disepakati oleh Jumhur ulama dan pandangan yang rajih dari kalangan ulama. Setiap hukum fiqh disertkakan dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-sunnah bagi memperincikan lagi cara hukum tersebut diperolehi.
Mohd Faez bin Mohd Shah al-Hashimi dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1984. berkelulusan ijazah Sarjana Syariah (M.Sh) dari Universiti Malaya pada tahun 2014. Ijazah Sarjana Muda Syariah (B.Sh) dalam bidang Fiqh dan Usul dari Universiti Malaya pada tahun 2010 dan Diploma Pengajian Islam dari Kolej UNITI pada tahun 2007. Beliau bergiat aktif daalm aktiviti penulisan mengenai ilmu fiqh dan hukum Islam sehingga kini telah menghasilkan beberapa buah karya fiqh.

View full details