Perniagaan Jahabersa
Adab-Adab Melamar, Malam Pengantin & Hak-Hak Suami Isteri
Adab-Adab Melamar, Malam Pengantin & Hak-Hak Suami Isteri
Couldn't load pickup availability
Dengan adanya perkahwinan yang telah disyari'atkan oleh Allah SWT maka anak-anak sentiasa dapat berbangga dengan keturunan yang dapat dihubungkan kepada bapa-bapa mereka, kerana pada keturunan ini terdapatnya satu pengiktirafan mereka yang hakiki, kemuliaan mereka dari segi kemanusiaan dan kebahagiaan mereka di segi kejiwaan. Sekiranya tidak ada perkahwinan, nescaya wujudlah di dalam masyarakat manusia itu anak-anak yang tidak mempunyai kemuliaan bagi mereka dan tidak adanya keturunan.
Dengan adanya perkahwinan, sesebuah masyarakat itu akan terpelihara daripada adanya kebebasan pergaulan, terpelihara anggota masyarakatnya daripada kerosakkan kerana keinginan hawa nafsu itu mengajak kepada jantina yang bukan sejenis yang boleh dilampiaskan melalui pernikahan yang dihalalkan oleh syarak dan perhubungan yang halal.
Share
