Skip to product information
1 of 1

Amalan Mahabbatullah & Kebaikan Sepanjang Hayat

Amalan Mahabbatullah & Kebaikan Sepanjang Hayat

AUTHOR : Mohd Faez Mohd Shah al-Hashimi

PJ-Ref.:

Regular price RM19.90 MYR
Regular price Sale price RM19.90 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Menggapai Mahabbatullah dan keredhaan Allah SWT merupakan dambaan setiap hamba-Nya yang ikhlas dalam melaksanakan segala perintah dan tuntutan daripada-Nya. Hal ini kerana, kecintaan dan keredhaan Allah SWT amat penting bagi seorang hamba untuk terus hidup di atas muka bumi ini dengan rahmat, perlindungan, penjagaan dan pemeliharaan-Nya daripada sebarang bentuk keburukan dan kejahatan. Justeru itu, buku ini memuatkan tentang amalan-amalan yang dapat mencapai dan menggapai kecintaan Allah SWT dan perlindungan-Nya serta kebaikan-kebaikan yang dapat dinikmati daripada amalan-amalan tersebut.Turut disertakan juga doa-doa ma'thur daripada Nabi SAW dalam kegiatan seharian dan doa-doa kebaikan yang terdapat di dalam al-Quran agar dapat dijadikan sebagai ibadat harian.
Mohd Faez Mohd Shah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1984. Berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah (M.Sh) pada tahun 2014, Ijazah Sarjana Muda Syariah (B.Sh) pada tahun 2010 dari Universiti Malaya dan Diploma Pengajian Islam dari Kolej UNITI pada tahun 2007. Kini, beliau menjawat sebagai Pensyarah Umum di Kolej Cosmopoint Johor Bahru dan bergiat aktif dalam bidang penulisan buku-buku rujukan agama.

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details