As Sunnah: Sumber Hukum Islam

As Sunnah: Sumber Hukum Islam

AUTHOR : Mustaffa As-Sibai

PJ-Ref.: PJ-0216

Regular price RM15.00 MYR
Regular price Sale price RM15.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.
Pada zaman Rasulullah, para sahabat mengambil sumber hukum syara' dari Al-Qur'an yang diterima secara langsung dari Rasulullah S.A.W. Akan tetapi, di antara hukum-hukum dalam Al-Qur'an, banyak yang diturunkan secara umum, tanpa diperinci lebih jauh.
Banyak juga yang ditemui secara mutlak dengan tiada pengkhususan lebih lanjut. Misalnya perintah solat, di dalam Al-Qur'an dikemukakan secara garis besar, tanpa penjelasan mengenai jumlah raka'at, tata-cara ataupun waktunya. Demikian pula perintah zakat disampaikan secara mutlak, tanpa ditentukan nisabnya dan tidak pula diterangkan ukuran-ukuran syarat-syaratnya. Ada pula hukum-hukum yang tidak mungkin dilaksanakan tanpa mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai segala sesuatu yang menyangkut persyaratannya, rukun-rukun serta yang membatalkannya. Para sahabat mesti menghadap lagi kepada Rasulullah untuk mendapatkan hukum yang lebih terperinci dan lebih jelas.
Demikianlah terjadi, bahawa banyak peristiwa-peristiwa yang tidak ada nashnya yang terperinci dalam Al-Qur'an. Oleh kerana itu, diperlukan penjelasan ketetapan hukumnya atas dasar tuntunan Nabi S.A.W. Sebab bukankah baginda adalah mubaligh (penyampai) ketentuan Allah, dan kerana bagindalah yang paling mengetahui maksud syari'ah Allah, batas-batasnya, sasaran serta ijtihadnya.

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details