Skip to product information
1 of 1

Islam Jalan Penyelesaian

Islam Jalan Penyelesaian

AUTHOR : Abu Muhammad Saifuddin

PJ-Ref.:

Regular price RM9.90 MYR
Regular price Sale price RM9.90 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.
Synopsis :

SETIAP sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain. Logiknya, jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan yang timbul.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi wataknya, gagasannya tentang kehidupan dab cara pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details